Muhasabah untuk Karangan Peribahasa
Keika kami diminta untuk melakukan projek ini, saya bekerjasama denga Elyeannie. Saya dan Elyeannie sudah berteman sejak kami berada di Sekolah Rendah. Sementara kami bekerjasama, kami mempunyai beberapa kesulitan dalam membuat karangan peribahasa dan saya berasa buruk dengan sendiri kerana saya tidak memberikan sumbangan yang banyak dan saya berasa seperti beban kepadanya. Tetapi, saya cuba yang terbaik dengan menulis perenggan pertama begitu untuk memberi gambaran tentang apa yang harus menulis. Dalam karangan saya terdapat banyak kesalahan dengan bahasa. Setelah kami membuat pembentangan dalam kelas, karangan kami sangat panjang dan Cikgu Haniza pun betulkan kesalahan kami dalam bahasa. Kami juga diminta untuk menulis sekali lagi karangan perinahasa kami dan membuat karangan lebih pendek. Jadi apa yang saya rasakan adalah bahwa pengalaman ini membuat persahabatan saya dengan Elyeannie lebih kuat dan saya juga belajar yang tidak ada "Aku/I" dalam "kerjasam/teamwork" jadi tidak peduli betapa bagi saya untuk belajar Bahasa Melayu, saya perlu memberikan terbaik saya dalam membantu teman-teman saya.
"You leave me SPEECHLESS, when you talk to me."
5:00 PG
Kini aku telah dilantik sebagai ketua pengawas di sekolah. Banyak projek yang guru berikan kepadaku untuk diselesaikan bahkan aku juga harus merancang aktiviti-aktiviti untuk seluruh sekolah bak kata pepatah, besar kapal besarlah gelombang . Banyak yang telah aku lalui yang buruk dan juga yang baik tetapi aku hanya ambil pengajaran yang baik seperti ambil patilnya, buang hampasnya untuk meneruskan hidupku dengan penuh ajaran yang baik. Ramai kawan-kawanku masih berkawan denganku walaupun setelah dilantik sebagai ketua pengawas. Aku tetap mengadakan sifat merendahkan diri seperti baik membawa resmi ayam betina supaya aku tidak diggelar hidung tinggi dan tidak dibenci orang. Semasa diberi projek oleh guru, aku dan beberapa lagi pengawas bekerjasama dalam projek tersebut dan kami akan menerima pujian bersama jika projek itu dilakukan dengan baik bak kata pepatah bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Dalam kesemua projek-projek yang guru beri, aku lakukannya dengan teliti supaya projek itu akan berjalan dengan lancar pada hari yang ditetapkan bagai berjalan peliharakan kaki, bercakap peliharakan lidah.
"You leave me SPEECHLESS, when you talk to me."
4:34 PG