PERASAAN SAYA...
Gambar dari : www.imagechief.com
Ketika saya diberitahu bahawa saya terpilih untuk mengikuti pertandingan blogging ini, saya berasa terkejut. Saya tidak menyangka bahawa saya akan disertakan oleh guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Haniza dalam pertandingan ini lebih-lebih lagi ini merupakan pertandingan melayu. Namun begitu, saya rasa bahawa ini ialah kesempatan bagi saya untuk meningkatkan penguasaan bahasa melayu saya. Sebab itu guru saya mendaftarkan nama saya dalam pertandingan ini. Pada keseluruhannya, saya sangat gembira dan ghairah kerana ini merupakan satu cabaran bagi saya membuktikan kemampuan saya dalam Bahasa Melayu.
Sebelum saya mulakan perbincangan tentang budaya Melayu yang merupakan tema pertandingan ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang latar belakang diri saya. Pertama, saya ialah seorang pelajar perempuan Filipino yang mengambil Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kedua, iba bapa saya ialah berasal dari Filipina. Ketika saya mula mempelajari Bahasa Melayu sewaktu di sekolah rendah, ia merupakan satu cabaran besar bagi diri saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan asas. Kini saya sudah berada dalam tingkatan 3 Ekspres di Sekolah Menengah Guangyang dan masih lagi bertahan. Sebelum ini, saya di tingakatan satu aliran Normal Akademik kemudian ke aliran Ekspress pada akhir tingkatan dua. Bahasa Melayu saya lemah tetapi dalam pertandingan ini, saya berjanji untuk mencuba sedaya upaya saya.
Dalam proses menyertai pertandingan ini, saya berharap penguasaan Bahasa Melayu saya akan meningkat. Pertandingan ini bukan sahaja dapat membantu saya memperbaik Bahasa Melayu saya, malah memperluas pengetahuan saya tentang budaya Melayu. Selain itu, walaupun saya orang Filipino, menurut pendapat saya terdapat sedikit persamaan antara budaya Filipino dengan budaya Melayu. Ini dapat dilihat melalui beberapa perkataan yang serupa dan cara menjalani hidup.
Oleh itu, pertandingan ini dapat membantu saya memahami budaya Melayu dengan lebih mendalam di samping budaya Filipino kerana orang Filipino dan Melayu berasal dari rumpun yang sama. Dengan itu, marilah sama-sama mengikuti saya dalam perjalanan saya menyelami dan menjelajah budaya Melayu dalam entri-entri selanjutnya.
"You leave me SPEECHLESS, when you talk to me."
6:36 PG