PERBEZAAN MAKANAN MELAYU DAN MAKANAN FILIPINO
Rata-rata, makanan melayu dan makanan filipino ada banyak persamaan namun terdapat sedikit perbezaan. Perbezaan itu boleh didapat daripada nama makanan filipino dan melayu, bagaimana makanan itu diperbuatkan dan yang terakhir ialah bhan-bahan yang digunakan untuk memebuat makanan itu. Seperti Contoh :
"PUTO" & "APAM MAKOKE"
Melihat dua makanan ini, dari penampilan kita boleh tahu bahawa makanan ini berbeza namun sebenarnya, kaedah yang digunakan untuk memasak hidangan ini sebenarnya sama. Keduanya dimasak dengan dikukus. Mereka berbeza dalam cara seperti bahan yang digunakan ketika membuat makanan dan bahan tambahan yang digunakan untuk makan dengan makanan-makanan ini.
"PUTO" ialah makanan Filipino. Untuk membuat makanan ini, kita menggunakan bahan-bahan seperti santan, gula dan pelbagai bahan-bahan. Hidangan, kita boleh makan seperti pencuci mulut atau sarapan. Selepas dimasak, kita boleh makan ini dengan keju atau cecah dalam coklat.
"APAM MAKOKE" ialah makanan Melayu. Untuk makanan ini, bahan-bahan yang digunakan ialah tepung beras, gula, tapai nasi dan pelbagai bahan-bahan lagi. Selepas dimasak, makanan ini dimakan dengan kelapa yang diparut dan ini dimakan seperti pencuci mulut sahaja.
"BINGKA UBI" & "BIBINGKA"
"BINGKA UBI" ialah makanan melayu. Bahan-bahan yang digunakan adalah, ubi kayu, telur, susu kental, gula dan pelbagai bahan lagi. Makanan ini dimasak pada pembakaran dan bumbu atas adalah mentega atau gula kayu manis.
"BIBINGKA" ialah makanan Filipina. Bahan-bahan yang digunakan adalah, telur, gula, mentega, santan, keju dan pelbagai bahan lagi. Makanan ini dimasak pada pembakaran dan boleh dimakan seperti sarapan atau pencuci mulut.
Sumber : www.google.com.sg/wikipedia
"You leave me SPEECHLESS, when you talk to me."
2:07 PG